.

عني^^,

^^,
Ismi Nur Izzati..Baru sahaja berjaya menamatkan perjuang jihad menuntut ilmuNya di SABK Maahad Al-Imam Asy-Syafiee..Dan kini meneruskan perjuangan jihad memburu ilmuNya Cffsiium(Petaling Jaya)a.k.a pusat asasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia,dalam bidang Sains Kemanusia ...Serta...Bercita-cita menjejaki bumi anbia & para sahabat suatu hari nanti dan menamatkan kehidupan fana ini dengan menyarung pangkat syuhada Ameen insyaAllah..memegang motto hidup "Tiada kemanisan Kejayaan dapat dikecapi sekiranya pahitnya keperitaan tidak dirasai" ..

Ahlan i'la biladil alim :)

Tuesday, May 6, 2014

LAMEGA 14

Allhamdulillah segala puji bagi Allah ~
Dengan IzinNya dapat juga aku menghadiri sebuah program LAMEGA


LAMEGA nie short for Lambaian Menara Gading..
Syukran kepada K.Cik *Ex-senior mais dulu* ...
Sebab K.Cik yang mesej aku bagai tahu pasal kem nie..
 _____________________________________________________________________
Sahabat yang join kem nie sekali hanya Eyka sorang je..
semua dah pakat busy dengan tuntutan masing-masing-.-
Alhmdulilah Program yang sangat brmanfaat & aku dapat jumpa
dengan sahabat-sahabat baru yang hebat..MashaAllah

Dekat sana..ramai jugak sahabat-sahabt baru yang aku kenal
antaranya ialah Syaf,Dibah,Saleha,Athira,Imah,Rabiatul,Hidayah,
Haja,Aqmar,kak syafikah,kak hafizah,dan ramai-ramai lagi la tak larat nak sebut hihi :)


tapi kat sana,aku & eyka paling rapat dengan syaf dan dibah
hihi dah mula dah rindu gan dyrg nie...

Syaf nie pandai dia budak MRSM sma dengan Atirah
Diba pulak cute orangnya tapi...tak sempat nak snap pic dengan dia... :(
Diba pun hebat gak dia sekolah dekat Maahad Tahfiz Sains kat kelantan
hihi bila aku test kecek kelate dua orang sahabt nie la yang banyak betulkan
bahasa yang aku mula rosakkan hihi :3
*rindunya*
________________________________________________________________________
 Next ...
berkenaan dengan input dan ilmu yang diperoleh ..


hari pertama(jumaat) hanya sesi ta'ruf
kemudian pada hari kedua pulak dimulakan dengan slot
"Personaliti Unggul Untuk menjadi Mahasiswa hebat"
di sampaikan oleh Pn.Maziah Khori (ketua nisa' perak)
 Highlight point yang boleh dikongsi dalam slot ini ialah..
Cabaran ketika di alam kampus
Teralalu banyak cabaran ketika di sana nanti jadi,kita mubha mencari sahabat yang baik dan dapat membawa kita ke jalan kebaikan
jadi ikutilah 5 petua memilih rakan dari Imam Al-Gazali:

selipaq-koyak.blogspot.com

selipaq-koyak.blogspit.com



_____________________________________________________________________________
Kemudia setelah duha dan makan pagi...slot seterusnya di sampaikan
oleh En.Ahmad Mahfuz (pensyarah KMPK)
bertajuk : "Aku buka student 3K"
Apa itu student 3K?
haha aku mula-mula pelik jugak tengok tajuk slot kedua nie
rupa-rupanya student 3K nie bermaksud
-Kampus , Kafe , Katil-
maksudnya student 3K nie kerja dia belaja , makan , tido ...
student yang macam nie merupakan student tak aktif , pentingkan diri , skema dan akan mendapat perkerjaan yang biasa-biasa saja .. hihi

sebagai seorang student kita kena jadi student yang proaktif
selain belajar , kita perlu berdakwah,menjadi pemimpin dan terlibat dengan campus life
ingat! kita lahir di muka bumi Allah nie bukan untuk diri kita sahaja tapi untuk Ummah :)

aku suka satu kata-kata dari En.Mahfuz iaitu
"Pendakwah bukan baik,tapi dia nak jadi baik & orang lain juga menjadi baik"
jadilah ssyudent AMILIN (kuat & amanah)
_______________________________________________________________________________
slot setrusnya di sampaikan oleh Ustz.Munawir
hahah walaupun petang .. seriously aku tak ngantuk pun..kerjanya gelak je *lawak sangat*
hihi slot yang disampaikan bertajuk
"From zero to hero"
 _______________________________________________________________________________
seterusnya slot diteruskan pada sebelah malam setelah usai mengerjakan solat maghrib
slot tersebut bertajuk
 "kepentingan berorganisasi" disampaikan oleh ustz.Hafiz



 dan kemudian dietruskan dengan forum bertajuk
"Cita-cita vs Cinta"
disampaiakn oleh 3 orang Ahli panel yang hebat & seorang moderator
beberapa input yang dapat dikongsi ialah:
Konteks Cinta ini luas...Cinta kepada Allah,Rasullulah dan sesama manusia

Jika seseorang itu cinta kepada Allah segalanya dilakukan semata-mata keranaNya.Dia tak hirau pandangan masyarakat atau manusia terhadap diri dia asalkan Allah suka..asalkan Allah redho.

"siapa yang suka bertemu dengan Allah , maka Allah suka bertemu dengannya"

Seterusnya cinta kepada Rasullulah.Banyak contoh yang dapat lihat dari zaman sahabat lagi betapa tebalnya rasa cinta mereka kepada rasullulah sehingga sanggup berkorban segalanya.Contoh yang dapat dilihat salah satunya melalui kisah Abu Ubaidah sewaktu perang uhud,topi besi tercucuk di pipi rasullulah ,
tanpa berfikir (kerana rasa cinta kepada rasullulah) dia menggigit topi besi tersebut sehingga tercabut giginya :'( subahanallah

Kesimpulan yang diberikan daripada Dai'e Adibah :
"Cinta dan Cita ibarat sepasang sayap"



sebab orang yang ada cinta akan mengerakan cita^^, -Dai'e Adibah
 ..................
jaga iman jaga hati,
kita bukan dilahirkan untuk diri,
tapi untuk umah & meraih jannah illahi :)

Saturday, April 5, 2014

Think before speak




Cikgu Sejarah baru sahaja melangkah kaki keluar dari kelas,menandakan kelasnya telah tamat.
kemudian beberapa orang pelajar mengambil masa yang sangat berharga tersebut 
untuk mengulangkaji pelajaran..haha
hebatkan pelajar 5 As-Subki? :)


*okey yang belah kanan tu,Lia dan sebelah Kiri tu pulak Iza*






*memang menjadi tabiat si Lia nie 
tak boleh focus belajar lama-lama..mula la tu!
nak kacau orang lain*


*Lia berusaha mengcover wajahnya dari terkantoi dengan si Iza
ala buat muka sikoh & suci gitu! haha*






kenapa pulak? Lia bertanya
Iza pun memberi penerangan sikit kepada sahabtnya
"Lia,Sumpah nie buka lafaz yang kita boleh buat main-main tau..
sekiranya kita melanggar sumpah,hendaklah kita memerdekakan hamba seraya,
atau memberi 10 orang miskin makanan dengan apa yang kita makan atau membelikan mereka 
pakaian dan sekiranya tidak mampu,hendaklah kita berpuasa 3 hari"
(surah Al-Maidah)
faham tak sayang? Iza bertanya sahabatnya sebagai tanda kepastian.
"ye :(..astagfirullah lah azim" - Lia menyedari kekhilafannya
"Tak pa dear~ Allah maha pengampun,yang kali fikir dulu sebelum lafazkan apa-apa tau!" 
Iza memujuk sahabat karibnya :)


___________________________________________________________________________
walluhu al'am :) 
moga Allah pelihara kita
Ingat jangan suka-suka nak lafazkannya
think before you speak !!

Friday, April 4, 2014

matlamat!

Tiada kalam seindah bismillah untuk aku memulakan bicara,
tiada kalam seindah alhamdulilah dapat dilafazkan di atas segala nikmat & pertolongan yang telah di berikan oleh Allah kepada hambanya yang hina..
syukur ala kuli hal,SPM telah berjaya aku hadapi & keputusannya pun jugak aku dah berjaya hadapi.Walaupun memang keputusan tidak mencapai target semua A.
Namun aku tetap bersyukur kerana itulah yang aku perlukan sebab aku yakin Allah tidak memberikan apa yang aku inginkan tapi ia akan memberi apa yang aku perlukan.
_______________________________________________________________________________
Aku sedar kini perjalanan hidupku baru bermula bagi menghadapi dunia yang mecabar.Jauh lagi mencabar dari yang pernah aku hadapi di zaman persekolahan.Aku berharap setiap langkah kaki ku di masa hadapan diiringi keberkatan dan diberikan kekuatan oleh Allah kepada aku.
Aku hanya mampu tersenyum jika ada yang bertanya apa cita-citaku..kerana jujurnya memang aku tak tau apa cita-cita aku..haha bahkan ada yang tak percaya aku tiada cita-cita-.-..
Mungkin suatu masa dahulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan kemudian setelah aku mengambil keputusan untuk terus menetap di bumi MAIS maka tidak boleh la aku meneruskan cita-cita itu lagi..tapi setelah dfikirkan balik kenapa aku nak jadi seorang doktor dahulu semuanya adalah kerana aku ingin membantu orang lain dengan ilmu yang aku ada..
jadi bila aku fikir-fikir..tanpa menjadi seorang doktor aku juga mampu membantu orang lan dengan ilmu yang aku ada,mungkin pendidik.
Jadi bagi aku,yang penting sebenarnya bukan cita-cita tapi matlamat..Yup,matlamatlah penting.Dengan ada matlamat maka semua perkara kita boleh laksana 
______________________________________________________________________________
kerana..
definisi ilmu bagi aku adalah apabila aku berjaya keluar dari kejahilan dan mampu  membantu orang lain juga keluar darinya..maka apa-apa cita-cita pun tak penting kalau aku ada matalamat hidup aku.
Namun matlamat aku yang hakiki adalah untuk ke syurga ilahi.
Hidup nie adalah sebuah perjalanan yang mebuktikan sama ada kita berpegang pada janji ataupun tidak sebab sebelum kita dilahirkan menjadi khalifah di muka bumi ini kita dah janji dengan Allah nak beriman kepadanNya bila kita berpegang kepada janji maka syurgalah ganjarannya.
_________________________________________________________________________________
kesimpulannya, aku perlu mencapai dasar matlamat aku iaitu ke syurga dengan melaksanakan matlamat aku untuk berjasa kepada umah fi dunia :)

Thursday, March 13, 2014

muhasabah


Mujahadah itu bukanlah bermakna engkau cuba sekali dan berjaya. 
 Mungkin engkau akan jatuh, cuba bangun, jatuh lagi dan lagi. 
 Mungkin engkau terus terluka, merana, kecewa dan berendam airmata.
Mujahadah itu ertinya perang 
 Tidak mungkin di saat perang, engkau boleh bertenang-tenang
 Tidak mungkin di saat perang, engkau mahu bersenang lenang 
 Tidak mungkin tanpa waspada dan hati-hati, engkau boleh menang.
 Muhasabah diri Ke arah mana engkau sedang langkahkan kaki?
 Ke arah syurga yang dipagari perkara-perkara yang engkau benci? 
 Atau ke arah neraka yang dihias perkara-perkara yang engkau sukai?
 Ingat mati.
Apa yang sedang menunggu engkau di sana nanti?  
 Terdayakah menanggung beban dosa yang dikerjakan dari tanganmu sendiri?  Tundukkanlah hati.  
 Insafi diri.. 
 Untuk apa Allah menghidupkan engkau semula pada hari ini? 
 Allah..  

Thursday, February 6, 2014

Fomule^^,kehidupanku

Alhmdulilah kerana aku masih bernafas di muka bumi ini,
kerana aku masih diberi peluang untuk menambah amal dalam diri,
untuk menuju jannah ilahi.
Moga penulisan ku ini dijauhi dari kemurkaan ilahi
_______________________________________________________________________________
Dulu semasa zaman persekolahan,terlalu banyak fomule dihasilkan bagi menghadapi peperiksaan 
agar mudah memahami setiap pelajaran,
Kemudian buat kali pertamanya pada tahun lepas aku cuba mencari sebuah formule luar dari pelajaran
fomule untuk aku hadapi setiap ujian & kekecewaan lalu aku temui:
"Pengubat yang paling mustajab bagi merawat kekecewaan,adalah dengan sentiasa bersyukur dan redho"
alhmdulilah setiapa detik keperitaan dalam menghadapi peperiksaan SPM dapat dilalui
kini,aku menjumpai fomule terbaru untuk aku menghadapi kehidupan.
Bukan sahaja ia dapat digunakan sewaktu di uji atau kecewa,sewaktu belajar atau periksa,
malah ia dapat diadaptasi dalam meniti perjalanan menjadi hamba ilahi 
fomule itu adalah:
"Berusalah sampai habis,Berdoalah sampai nagis"
nampak simple je fomule kali ni..tapi aku akan cuba pergunakannya "dalam kulu a'mal":
1.Semasa menuntut ilmu:
~maksudnya berusaha bersungguh-sungguh ,kemudian berdolah dengan penuh kehambaan 
agar setiap ilmu yang dipelajari mendapat redho ilahi.Jika fomule ini
digunakan ketika ingin menghadapi peperiksaan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh 
lalu berdoalah dengan bertawakal kepada Allah
2.Sewaktu diuji
~maksudnya,jika kita sedang diuji dengan pelbagai permasalahan kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk selesaikan masalah kita.Sebab setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.Lalu berdoalah agar Allah membantu kita dalam menghadapinya.
3.Sewaktu misi bagi memasuki jannah ilahi:
~maksudnya sewaktu nak tambah amal kebaikan.Kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan agar mendapat ganjaran pahala .Kemudian berdolah sampai nagis(penuh keinsafan) agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu,yang akan datang,yang kita tahu & yang tersembunyi.
________________________________________________________________________
Moga aku berjaya mengaplikasikannya..
Sekadar perkongsian buat para pencinta ilmu,
UNI~