.

عني^^,

^^,
Ismi Nur Izzati..Baru sahaja berjaya menamatkan perjuang jihad menuntut ilmuNya di SABK Maahad Al-Imam Asy-Syafiee..Dan kini meneruskan perjuangan jihad memburu ilmuNya Cffsiium(Petaling Jaya)a.k.a pusat asasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia,dalam bidang Sains Kemanusia ...Serta...Bercita-cita menjejaki bumi anbia & para sahabat suatu hari nanti dan menamatkan kehidupan fana ini dengan menyarung pangkat syuhada Ameen insyaAllah..memegang motto hidup "Tiada kemanisan Kejayaan dapat dikecapi sekiranya pahitnya keperitaan tidak dirasai" ..

Ahlan i'la biladil alim :)

Thursday, March 13, 2014

muhasabah


Mujahadah itu bukanlah bermakna engkau cuba sekali dan berjaya. 
 Mungkin engkau akan jatuh, cuba bangun, jatuh lagi dan lagi. 
 Mungkin engkau terus terluka, merana, kecewa dan berendam airmata.
Mujahadah itu ertinya perang 
 Tidak mungkin di saat perang, engkau boleh bertenang-tenang
 Tidak mungkin di saat perang, engkau mahu bersenang lenang 
 Tidak mungkin tanpa waspada dan hati-hati, engkau boleh menang.
 Muhasabah diri Ke arah mana engkau sedang langkahkan kaki?
 Ke arah syurga yang dipagari perkara-perkara yang engkau benci? 
 Atau ke arah neraka yang dihias perkara-perkara yang engkau sukai?
 Ingat mati.
Apa yang sedang menunggu engkau di sana nanti?  
 Terdayakah menanggung beban dosa yang dikerjakan dari tanganmu sendiri?  Tundukkanlah hati.  
 Insafi diri.. 
 Untuk apa Allah menghidupkan engkau semula pada hari ini? 
 Allah..