.

عني^^,

^^,
Ismi Nur Izzati..Baru sahaja berjaya menamatkan perjuang jihad menuntut ilmuNya di SABK Maahad Al-Imam Asy-Syafiee..Dan kini meneruskan perjuangan jihad memburu ilmuNya Cffsiium(Petaling Jaya)a.k.a pusat asasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia,dalam bidang Sains Kemanusia ...Serta...Bercita-cita menjejaki bumi anbia & para sahabat suatu hari nanti dan menamatkan kehidupan fana ini dengan menyarung pangkat syuhada Ameen insyaAllah..memegang motto hidup "Tiada kemanisan Kejayaan dapat dikecapi sekiranya pahitnya keperitaan tidak dirasai" ..

Ahlan i'la biladil alim :)

Saturday, April 5, 2014

Think before speak




Cikgu Sejarah baru sahaja melangkah kaki keluar dari kelas,menandakan kelasnya telah tamat.
kemudian beberapa orang pelajar mengambil masa yang sangat berharga tersebut 
untuk mengulangkaji pelajaran..haha
hebatkan pelajar 5 As-Subki? :)


*okey yang belah kanan tu,Lia dan sebelah Kiri tu pulak Iza*






*memang menjadi tabiat si Lia nie 
tak boleh focus belajar lama-lama..mula la tu!
nak kacau orang lain*


*Lia berusaha mengcover wajahnya dari terkantoi dengan si Iza
ala buat muka sikoh & suci gitu! haha*






kenapa pulak? Lia bertanya
Iza pun memberi penerangan sikit kepada sahabtnya
"Lia,Sumpah nie buka lafaz yang kita boleh buat main-main tau..
sekiranya kita melanggar sumpah,hendaklah kita memerdekakan hamba seraya,
atau memberi 10 orang miskin makanan dengan apa yang kita makan atau membelikan mereka 
pakaian dan sekiranya tidak mampu,hendaklah kita berpuasa 3 hari"
(surah Al-Maidah)
faham tak sayang? Iza bertanya sahabatnya sebagai tanda kepastian.
"ye :(..astagfirullah lah azim" - Lia menyedari kekhilafannya
"Tak pa dear~ Allah maha pengampun,yang kali fikir dulu sebelum lafazkan apa-apa tau!" 
Iza memujuk sahabat karibnya :)


___________________________________________________________________________
walluhu al'am :) 
moga Allah pelihara kita
Ingat jangan suka-suka nak lafazkannya
think before you speak !!

Friday, April 4, 2014

matlamat!

Tiada kalam seindah bismillah untuk aku memulakan bicara,
tiada kalam seindah alhamdulilah dapat dilafazkan di atas segala nikmat & pertolongan yang telah di berikan oleh Allah kepada hambanya yang hina..
syukur ala kuli hal,SPM telah berjaya aku hadapi & keputusannya pun jugak aku dah berjaya hadapi.Walaupun memang keputusan tidak mencapai target semua A.
Namun aku tetap bersyukur kerana itulah yang aku perlukan sebab aku yakin Allah tidak memberikan apa yang aku inginkan tapi ia akan memberi apa yang aku perlukan.
_______________________________________________________________________________
Aku sedar kini perjalanan hidupku baru bermula bagi menghadapi dunia yang mecabar.Jauh lagi mencabar dari yang pernah aku hadapi di zaman persekolahan.Aku berharap setiap langkah kaki ku di masa hadapan diiringi keberkatan dan diberikan kekuatan oleh Allah kepada aku.
Aku hanya mampu tersenyum jika ada yang bertanya apa cita-citaku..kerana jujurnya memang aku tak tau apa cita-cita aku..haha bahkan ada yang tak percaya aku tiada cita-cita-.-..
Mungkin suatu masa dahulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan kemudian setelah aku mengambil keputusan untuk terus menetap di bumi MAIS maka tidak boleh la aku meneruskan cita-cita itu lagi..tapi setelah dfikirkan balik kenapa aku nak jadi seorang doktor dahulu semuanya adalah kerana aku ingin membantu orang lain dengan ilmu yang aku ada..
jadi bila aku fikir-fikir..tanpa menjadi seorang doktor aku juga mampu membantu orang lan dengan ilmu yang aku ada,mungkin pendidik.
Jadi bagi aku,yang penting sebenarnya bukan cita-cita tapi matlamat..Yup,matlamatlah penting.Dengan ada matlamat maka semua perkara kita boleh laksana 
______________________________________________________________________________
kerana..
definisi ilmu bagi aku adalah apabila aku berjaya keluar dari kejahilan dan mampu  membantu orang lain juga keluar darinya..maka apa-apa cita-cita pun tak penting kalau aku ada matalamat hidup aku.
Namun matlamat aku yang hakiki adalah untuk ke syurga ilahi.
Hidup nie adalah sebuah perjalanan yang mebuktikan sama ada kita berpegang pada janji ataupun tidak sebab sebelum kita dilahirkan menjadi khalifah di muka bumi ini kita dah janji dengan Allah nak beriman kepadanNya bila kita berpegang kepada janji maka syurgalah ganjarannya.
_________________________________________________________________________________
kesimpulannya, aku perlu mencapai dasar matlamat aku iaitu ke syurga dengan melaksanakan matlamat aku untuk berjasa kepada umah fi dunia :)