.

عني^^,

^^,
Ismi Nur Izzati..Baru sahaja berjaya menamatkan perjuang jihad menuntut ilmuNya di SABK Maahad Al-Imam Asy-Syafiee..Dan kini meneruskan perjuangan jihad memburu ilmuNya Cffsiium(Petaling Jaya)a.k.a pusat asasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia,dalam bidang Sains Kemanusia ...Serta...Bercita-cita menjejaki bumi anbia & para sahabat suatu hari nanti dan menamatkan kehidupan fana ini dengan menyarung pangkat syuhada Ameen insyaAllah..memegang motto hidup "Tiada kemanisan Kejayaan dapat dikecapi sekiranya pahitnya keperitaan tidak dirasai" ..

Ahlan i'la biladil alim :)

Friday, January 9, 2015

Repost cerpen : Kerana kau sahabat

Buku latihan Matametik itu ditolak ke tepi.Hilang Moodnya hari ini untuk menyelesaikan masalah Matametik memadangkan masalah sendiri pun menggunung tinggi.Mujahid banggun dari tempat duduknya lalu keluar meninggalkan kelas prep petangnya.Langsung tidak diendahkan sepasang mata yang memerhatinya sedari tadi.Jiwanya kosong,tidak dipedulikan lagi persekitaran disekelilingnya.
Kakinya pantas melangkah ke musolla.Hanya dengan berada di sana,hatinya dapat merasai ketenanggan.Terniang bait-bait perbulannya dengan ibu sebentar tadi dibalik corong telefon."Muja,tolong la mintak pihak sekolah tangguhkan lagi hari untuk bayar yuran azhariah kamu tu...ibu akan cuba sedaya upaya untuk mencari duit tu ye nak."
"Bu,masuk nie Muja rasa dah hampir 5 kali sekolah bagi tarikh penangguhan untuk bayar yuran tu.Muja malu la nak mintak penangguhan lagi."
"Yela Muja,Ibu dah kumpul duit untuk bayar yuran kamu tu.Kamu pun tahu kan?adik sakit,ibu perlu belikan ubat untuknya.Kamu tolong ibu ye cakapkan kat cikgu kamu."Terdengar suara ibu memujuk sebelum memutuskan perbualan yang singkat tersebut,memandangkan adik sudah mula menangis minta diberi perhatian.
____________________________________________________________
Tiba-tiba Mujahid disapa.Sapaan itu menghentikan lamunannya.Bahunya ditumbuk lembut dari belakang.Pemilik suara insan yang menyapanya itu memang sangat dikenalinya.
Irfan Hakim lelaki yang cukup terkenal disekolah kerana kepimpinan dan kekayaan keluarganya.Oleh kerana status keluarga Irfan yang cukup berpengaruh,menjadikan Irfan salah seorang anak emas disekolah serta disenangi rakan-rakan berbeza dengan dirinya.
kemiskinan hidupnya menjadikan dia seorang pelajar yang tidak disenangi rakan-rakan,bimbang kalau-kalau dia meminjam duit dari mereka.Justeru itu,sepanjang 4 tahun dia belajar di situ,dia tidak mempunyai rakan.
Terkadang timbul perasaan iri hatinya terhadap Irfan.Kerap kali terserempak dengan Irfan kerapi kali juga Mujahid menjeling tajam.Kurang senang dia akan perhatian yang dikecapi Irfan.
_________________________________________________________
"Apahal nie bro?Moody je aku tengok kau.Siap keluar dari kelas prep dan duduk kat musolla ni pulak.kenapa?".Suara Irfan bertanya dengan penuh keperihatinan
"Ceh,.."Mujahid menjawab sinis sambil memalingkan muka."Kenapa?kau nak marah aku keluar kelas prep dan lepak kat musolla nie ke?tulis la nama aku buat laporan kat cikgu-cikgu tu yang aku tak masuk prep.Kau kan pemimpin sekolah yang disayangi".
"Astagfirullah hal azim Muja,aku ikhlas datang nie nak tanya kenapa kau moody?kalau ada masalah,mana tau aku boleh bantu.Hum tak terlintas pun aku nak marah kau duduk kat musolla nie.Aku faham kau."
"Apa yang kau faham pasal aku?"suara Mujahid kedengaran sedikit tinggi dan keras."Kau bergaul dengan orang acam aku pun tak pernah.Sekarang kau boleh cakap kau faham aku?.Dah la bro..kalau bercakap dengan kau aku boleh selesaikan yuran azhariah aku yang tertunggak takpa jugak.Malas aku layan kau."Mujahid menjawab dengan penuh emosi lalu pergi meninggalkan Irfan.
_________________________________________________
"Hum,takpa Irfan dia dalam masalah tu.Wajarlah dia sedikit emosi."-Irfan bicara sendirian. *Oh masalah yuran rupanya*
Irfan menggangguk lalu tersenyum dia bertekad ingin membantu Mujahid.
Sebenarnya sudah lama dia cuba mendekati Mujahid,ingin sekali dia bersahabat dengan Mujahid.Tapi entahlah,setiap kali dia cuba menegur kerap kali dia dihadiahkan jelingan yang tajam oleh Mujahid.
_____________________________________________________
Kenapa Cikgu Raizal nak jumpa aku nie.Hum duit azhariah memang tak mampu nak bayar lagi.Memandangankan yuran yang asalnya setiap bulan hanyalah RM20 ringgit namun disebabkan bertangguh kini jumlahnya bertambah hampir beberapa ratus ringgit.
Pintu bilik guru diketuk perlahan.Mujahid menyapa Cikgu Raizal dengan senyuman yang agak kelat.Malu dirinya untuk bertemu guru kelasnya itu,sudah berapa kali dia minta penagguhan untuk membayar yuran yang tertunggak itu.
"Assalamualaikum cikgu"..
"Walaikumsalam,Oh Mujahid masuk-masuk,saya nak bercakap mengenai yuran kamu."Cikgu Raizal menjawab salam seraya memanggil Mujahid masuk.
*Sudah aku agak mesti pasal yuran punya*
Mujahid berkata dalam hati
Belum sempat Mujahid menerangkan ketidakmampuannya untuk membayar yuran dan ingin meminta penangguhan,Cikgu Raizal menyambung bicara.
"Mujahid,segala yuran tertunggak kamu telah langsai.Besyukurlah kepada Allah kerana telah memudahkan urusanmu.Juga kamu berterima kasihlah kepada Irfan.Sebabnya irfanlah yang tolong langsaikan segala hutang yuran tertunggak kamu ni."Cikgu Raizal senyum seraya menyambung "Baiklah itu sahaja tujuan saya memanggil kamu,kamu boleh pulang ke kelas."
_________________________________________________________
Mujahid terkejut.Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi.Dia tidak tahu mahu menghadapi berita tersebut dengan  perasaan yang macam mana.Dia gembira dan dalam masa yang sama dia juga turut merasa serba salah kerana insan yang membantunya kali ini adalah seseorang yang tidak disangkanya.Dia juga malu kerana sering bersikap dingin dengan Irfan.
Sepanjang perjalanannya untuk kembali ke kelas.Berbagai cara dan kaedah  telah difikirkan untuk memulakan bicaranya dengan Irfan.Rasa bersalah menyelubungi diri.
_________________________________________________________
Kring!!!!Loceng sekolah berbunyi tanda sesi pelajaran pada hari tersebut telah berakhir.Pantang mendengar loceng terakhir sekolah.Pelajar asrama di sekolah tersebut seolah-olah menyertai pertandingan lumba lari.Semua membuka langkah memecut ke dewan makan asrama.
Seperti biasa.Irfan dan Mujahid akan menjadi pelajar yang paling lambat meninggalkan kelas.Masa yang berharga itu diambil oleh Mujahid untuk mendekati Irfan.Walaupun hakikatnya dia rasa sangat malu dengan Irfan.Malu dengan sikapnya sendiri yang melayan Irfan dingin tanpa sebab selama ini.
"Erhum..Erhum...."intro suara yang seakan-akan bunyi orang tersedak kuah kari di tekak digunakan oleh Mujahid untuk menegur Irfan.Kekok.
"Bro,aku dengar kau tolong aku langsaikan hutang yurang tertunggak aku tu..uhum,aku tak tau nak cakap apa.Tapi aku berterima kasih sangat dengan kau.Suatu hari nanti aku akan cuba bayar balik duit tu kat kau ye."
Lepas jugak apa yang perkataan yang terbuku kat dalam hatinya sedari semalam.Rasa macam baru lepas muntahkan batu dari tekaknya.Lega rasanya.
"Takda hal la bro.Eh kau takyah la ganti balik duit tu.Lagipun aku bukan guna duit parent aku pun.Itu duit hasil tabungan aku.Aku just harap kita dapat jadi kawan yang rapat je lepas nie.Ehem silap,maksud aku bukan kawan tetapi sahabat".Irfan menyambung.
"Aku teringat akan hadis yang kita belajar bulan lepas dengan Ustaz Iqwan.Yang aku ingat maksudnya macam ni:-Tidak sempurna iman seseorang kamu,sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".
*Syukran Ya Rabbi Kau hadikan aku orang yang baik disekeliling aku.Kau hadirkan ujian kepada aku.Namun,kau juga hadirkan solusinya buatku.Alhmdulillah.*
-Mujahid bermonolog dalam hati.Syukur rasanya.-
Mujahid bersalaman dengan Irfan.Bermulalah sebuah persahabatan yang sangat akrab sejak dari itu.Sehingga kini meskipun Mujahid berada di Unversiti Mutah Jordan dan Irfan berada di Unversiti Ankara Turkey,mereka masih berhubung melalui skype.Meskipun jauh namun hati terasa dekat.Indahnya persahabat keranaNya.
------------------
p/s : Tulis pasal sahabt nie buatkan aku teringat akan sahabat-sahabat aku.Ketika sama-sama berjuang menuntut ilmu di MAIS suatu ketika dahulu.Jagakan mereka buatku Ya Allah :')

No comments:

Post a Comment