.

عني^^,

^^,
Ismi Nur Izzati..Baru sahaja berjaya menamatkan perjuang jihad menuntut ilmuNya di SABK Maahad Al-Imam Asy-Syafiee..Dan kini meneruskan perjuangan jihad memburu ilmuNya Cffsiium(Petaling Jaya)a.k.a pusat asasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia,dalam bidang Sains Kemanusia ...Serta...Bercita-cita menjejaki bumi anbia & para sahabat suatu hari nanti dan menamatkan kehidupan fana ini dengan menyarung pangkat syuhada Ameen insyaAllah..memegang motto hidup "Tiada kemanisan Kejayaan dapat dikecapi sekiranya pahitnya keperitaan tidak dirasai" ..

Ahlan i'la biladil alim :)

Saturday, April 5, 2014

Think before speak




Cikgu Sejarah baru sahaja melangkah kaki keluar dari kelas,menandakan kelasnya telah tamat.
kemudian beberapa orang pelajar mengambil masa yang sangat berharga tersebut 
untuk mengulangkaji pelajaran..haha
hebatkan pelajar 5 As-Subki? :)


*okey yang belah kanan tu,Lia dan sebelah Kiri tu pulak Iza*






*memang menjadi tabiat si Lia nie 
tak boleh focus belajar lama-lama..mula la tu!
nak kacau orang lain*


*Lia berusaha mengcover wajahnya dari terkantoi dengan si Iza
ala buat muka sikoh & suci gitu! haha*






kenapa pulak? Lia bertanya
Iza pun memberi penerangan sikit kepada sahabtnya
"Lia,Sumpah nie buka lafaz yang kita boleh buat main-main tau..
sekiranya kita melanggar sumpah,hendaklah kita memerdekakan hamba seraya,
atau memberi 10 orang miskin makanan dengan apa yang kita makan atau membelikan mereka 
pakaian dan sekiranya tidak mampu,hendaklah kita berpuasa 3 hari"
(surah Al-Maidah)
faham tak sayang? Iza bertanya sahabatnya sebagai tanda kepastian.
"ye :(..astagfirullah lah azim" - Lia menyedari kekhilafannya
"Tak pa dear~ Allah maha pengampun,yang kali fikir dulu sebelum lafazkan apa-apa tau!" 
Iza memujuk sahabat karibnya :)


___________________________________________________________________________
walluhu al'am :) 
moga Allah pelihara kita
Ingat jangan suka-suka nak lafazkannya
think before you speak !!

Friday, April 4, 2014

matlamat!

Tiada kalam seindah bismillah untuk aku memulakan bicara,
tiada kalam seindah alhamdulilah dapat dilafazkan di atas segala nikmat & pertolongan yang telah di berikan oleh Allah kepada hambanya yang hina..
syukur ala kuli hal,SPM telah berjaya aku hadapi & keputusannya pun jugak aku dah berjaya hadapi.Walaupun memang keputusan tidak mencapai target semua A.
Namun aku tetap bersyukur kerana itulah yang aku perlukan sebab aku yakin Allah tidak memberikan apa yang aku inginkan tapi ia akan memberi apa yang aku perlukan.
_______________________________________________________________________________
Aku sedar kini perjalanan hidupku baru bermula bagi menghadapi dunia yang mecabar.Jauh lagi mencabar dari yang pernah aku hadapi di zaman persekolahan.Aku berharap setiap langkah kaki ku di masa hadapan diiringi keberkatan dan diberikan kekuatan oleh Allah kepada aku.
Aku hanya mampu tersenyum jika ada yang bertanya apa cita-citaku..kerana jujurnya memang aku tak tau apa cita-cita aku..haha bahkan ada yang tak percaya aku tiada cita-cita-.-..
Mungkin suatu masa dahulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan kemudian setelah aku mengambil keputusan untuk terus menetap di bumi MAIS maka tidak boleh la aku meneruskan cita-cita itu lagi..tapi setelah dfikirkan balik kenapa aku nak jadi seorang doktor dahulu semuanya adalah kerana aku ingin membantu orang lain dengan ilmu yang aku ada..
jadi bila aku fikir-fikir..tanpa menjadi seorang doktor aku juga mampu membantu orang lan dengan ilmu yang aku ada,mungkin pendidik.
Jadi bagi aku,yang penting sebenarnya bukan cita-cita tapi matlamat..Yup,matlamatlah penting.Dengan ada matlamat maka semua perkara kita boleh laksana 
______________________________________________________________________________
kerana..
definisi ilmu bagi aku adalah apabila aku berjaya keluar dari kejahilan dan mampu  membantu orang lain juga keluar darinya..maka apa-apa cita-cita pun tak penting kalau aku ada matalamat hidup aku.
Namun matlamat aku yang hakiki adalah untuk ke syurga ilahi.
Hidup nie adalah sebuah perjalanan yang mebuktikan sama ada kita berpegang pada janji ataupun tidak sebab sebelum kita dilahirkan menjadi khalifah di muka bumi ini kita dah janji dengan Allah nak beriman kepadanNya bila kita berpegang kepada janji maka syurgalah ganjarannya.
_________________________________________________________________________________
kesimpulannya, aku perlu mencapai dasar matlamat aku iaitu ke syurga dengan melaksanakan matlamat aku untuk berjasa kepada umah fi dunia :)

Thursday, March 13, 2014

muhasabah


Mujahadah itu bukanlah bermakna engkau cuba sekali dan berjaya. 
 Mungkin engkau akan jatuh, cuba bangun, jatuh lagi dan lagi. 
 Mungkin engkau terus terluka, merana, kecewa dan berendam airmata.
Mujahadah itu ertinya perang 
 Tidak mungkin di saat perang, engkau boleh bertenang-tenang
 Tidak mungkin di saat perang, engkau mahu bersenang lenang 
 Tidak mungkin tanpa waspada dan hati-hati, engkau boleh menang.
 Muhasabah diri Ke arah mana engkau sedang langkahkan kaki?
 Ke arah syurga yang dipagari perkara-perkara yang engkau benci? 
 Atau ke arah neraka yang dihias perkara-perkara yang engkau sukai?
 Ingat mati.
Apa yang sedang menunggu engkau di sana nanti?  
 Terdayakah menanggung beban dosa yang dikerjakan dari tanganmu sendiri?  Tundukkanlah hati.  
 Insafi diri.. 
 Untuk apa Allah menghidupkan engkau semula pada hari ini? 
 Allah..  

Thursday, February 6, 2014

Fomule^^,kehidupanku

Alhmdulilah kerana aku masih bernafas di muka bumi ini,
kerana aku masih diberi peluang untuk menambah amal dalam diri,
untuk menuju jannah ilahi.
Moga penulisan ku ini dijauhi dari kemurkaan ilahi
_______________________________________________________________________________
Dulu semasa zaman persekolahan,terlalu banyak fomule dihasilkan bagi menghadapi peperiksaan 
agar mudah memahami setiap pelajaran,
Kemudian buat kali pertamanya pada tahun lepas aku cuba mencari sebuah formule luar dari pelajaran
fomule untuk aku hadapi setiap ujian & kekecewaan lalu aku temui:
"Pengubat yang paling mustajab bagi merawat kekecewaan,adalah dengan sentiasa bersyukur dan redho"
alhmdulilah setiapa detik keperitaan dalam menghadapi peperiksaan SPM dapat dilalui
kini,aku menjumpai fomule terbaru untuk aku menghadapi kehidupan.
Bukan sahaja ia dapat digunakan sewaktu di uji atau kecewa,sewaktu belajar atau periksa,
malah ia dapat diadaptasi dalam meniti perjalanan menjadi hamba ilahi 
fomule itu adalah:
"Berusalah sampai habis,Berdoalah sampai nagis"
nampak simple je fomule kali ni..tapi aku akan cuba pergunakannya "dalam kulu a'mal":
1.Semasa menuntut ilmu:
~maksudnya berusaha bersungguh-sungguh ,kemudian berdolah dengan penuh kehambaan 
agar setiap ilmu yang dipelajari mendapat redho ilahi.Jika fomule ini
digunakan ketika ingin menghadapi peperiksaan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh 
lalu berdoalah dengan bertawakal kepada Allah
2.Sewaktu diuji
~maksudnya,jika kita sedang diuji dengan pelbagai permasalahan kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk selesaikan masalah kita.Sebab setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.Lalu berdoalah agar Allah membantu kita dalam menghadapinya.
3.Sewaktu misi bagi memasuki jannah ilahi:
~maksudnya sewaktu nak tambah amal kebaikan.Kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan agar mendapat ganjaran pahala .Kemudian berdolah sampai nagis(penuh keinsafan) agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu,yang akan datang,yang kita tahu & yang tersembunyi.
________________________________________________________________________
Moga aku berjaya mengaplikasikannya..
Sekadar perkongsian buat para pencinta ilmu,
UNI~

Friday, December 20, 2013

Tobikul Hidayah(tingkat hidayah)#1


2011*sebelum result PMR keluar

Malam yang dihiasi bintang dengan angin lembut menampar pipi..tetap tidak mampu menenagkannya..
kaki masih bermundar mandir di dalam bilik...
*ergh asal rasa tak sedap hati nie-.-Ya Allah tolong lah*
bermacam-macam posis kedudukan telah digayakan namun..ketenangan masih tidak dirasa...
fuh..*fikir-fikir apa yang tak kene dengan aku nie*..-iza bermonolog di dalam hati sekali lagi...
"ke aku terlalu fikirkan result PMR yang bakal keluar nie?..aish entah la..hum aku mesty lakukan sesuatu"...
Iza melangkah keluar dari biliknya pantas menuju ke dapur lalu meneguk seteguk air..mungkin untuk mencari ketenangan..mulutnya tidak berhenti-henti beristghfar...
_________________________________________________________________________________
walaupun sudah minum hampir satu botol air..namun hatinya masih gundah gulana...Iza mengambil keputusan untuk mengambil wuduk & mendekatkan diri dengan 'Kekasih Hatinya' *seperti yang selalu dilakuakn kebelakangan ini..sejak result PMR yang hampir nak keluar nie*...setelah menunaikan solat sunat 2 rakaat..dia menyelak & membaca beberapa helaian Al-Quran berharap ketenangan hati akan muncul..namun setelah selesai membaca Al-Quran.perasaan itu masih lagi tidak hilang...
_________________________________________________________________________________
badan di hempas ke atas katil
*sambil mencapai MP3 kesayangannya & menyumbatkannya ke dalam telinga*..
terdetik di hatinya untuk mendengar radio Ikim fm..
"aish tak pernah-pernah nak dengar,sebab perasaan macam nie..
nak dengar lagu lagha-lagha nie memang takda selera la..
batter aku dengar Ikim..kalau tak salah..malam-malam macam nie..ada orang baca Quran ;'( "
___________________________________________________________________________
Setelah hampir 10 minit mendengar alunan bacaan kalamullah yang indah,tiba-tiba...
suara juruhebah kedengaran memperkenalkan seorang ustzah yang bakal menyampaikan tazkirah pada malam berkenaan...entah mengapa Iza bertindak dengan begitu pantas sekali menekan batton "rekod" pada MP3 nya...
_________________________________________________________________________________
ustazah tersebut menceritakan tentang cara jika seseorang berasa murung,gundah gulan dan sebagainya 
sahabat nabi bernama Abdullah b Mas'ud berkata jika itu yang berlaku kepada kamu,bawalah tiga perkara iaitu kaki,tangan & hatimu mengunjungi 3 tempat.
Tempat yang 1 ialah tempat orang membaca Al-Quran sama ada kamu membacanya/mendengar orang membacanya(ini ubat kepada hati)
Tempat yang ke-2 ialah tempat pengajian dimana ianya mampu mengingatkan hatimu terhadap Allah SWT
Tempat yang ke-3 ialah mengunjungi rumah Allah di mana kamu boleh bersendirian & beribadat kepadaNya
andaikata....
3 perkara ini telah kamu kunjungi namun masih bersa gundah gulana.maka berdoalah kamu kepada Allah agar ditukarkan dengan hati yang baru kerana hatimu telah kotor..berdoalah kepada Allah agar hati tersebut digantikan dengan hati yang baru,hati yang lebih taqwa & takutkan Allah.Perkara ini adalah seperti yang diajarkan oleh Nabi kepadanya.
________________________________________________________________________________
Glup!!*sentap*"memang seperti yang sedang alami la" Iza meluahkan rasa..air matanya mengalir tanpa perlu dipinta..deras sekali..kata-kata itu menembusi hatinya..Ya Allah ini Hidayah dari mu,perkara 1 telah aku lakukan membaca & mendengar bacaan Al-Quran..Tempat ke2 juga aku sudah lakuakan iaitu sebaik sahaja aku medengar tazkirah ini..manamungkin aku melakukan perkara yang 3..jadi eloklah kiranya aku terus berdoa"..Iza membuat rumusan & keputusan..
_________________________________________________________________________________
lalu Iza menadah tangan mendoakan agar hatinya ditukarkan dengan hati yang baru iaitu hati yang lebih takut & tunduk kepadaNya..seperti yang telah didengari sebentar tadi..Sekelip mata*seperti sesuatu telah berlaku..Iza tidak pernah merasai ketenangan yang sebegini*
Allah..terima kasih Allah..terima kasih *air matanya masih mengalir*
malam itu,Iza tidur dengan linangan air mata kusyukuran & dengan ketengan hati
*terima kasih Ya Allah*-monolog hatinya lagi
------------------------------
Kesimpulannnya, daripada kisah Iza nie...
seluruh anggota tubuh ini milik Allah..aku,engkau,mereka dan kita semua seharusnya menjaganya dengan sebaik mungkin & menggunakannya sebaik mungkin untuk mendekati ilahi..
terutamanya hati..
Aku teringat akan suatu hadis nabi yang bermaksud,"sesungguhnya pada jasad(tubuh badan) terdapat seketul daging,jika ianya baik,maka baiklah seluruh tubuhnya,jika ianya tidak baik,maka rosaklah seluruh tubuhnya..ianya dalah hati"
jadi..hati perlu selalu diubati,
agar ia tidak mati,
agar ia dapat membina diri
melaui dengan mendekati ialhi..
sekian coretan ini,sekadar perkongsian buat pencinta ilmu,pendamba janah ilahi..
UNI~moga Allah Redho